What's Up

Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang

Posted by Admin on April 10, 2018 at 12:30 PM

Tarikh : 7 - 8 April 2018

Tempat : Dewan Tun Razak, Temerloh

Pada hari Jumaat dan Sabtu lepas telah berlangsung Minggu Sains Negara peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak Temerloh. Pelajar SMK Seri Tualang juga dijemput untuk menyertai program yang dijalankan. Pelbagai booth yang menarik berkaitan Sains dan Teknologi telah dipamerkan sepanjang program berlangsung untuk tontonan pengunjung. Pelawat juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba setiap aktiviti di setiap booth di samping memperoleh cenderahati yang disediakan. Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu juga turut sama-sama berada sepanjang program untuk memeriahkan lagi majlis. Terima kasih guru pengiring Ustaz Ridzuan, Cikgu Muhammad, Cikgu Azlee dan Cikgu Marhanom.

>>> View Full Album Here <<<

Categories: General, Academic

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

You must be a member to comment on this page. Sign In or Register

0 Comments