What's Up

Lawatan ke Pusat Konservansi Gajah Kuala Gandah, Lanchang

Posted by Admin on October 11, 2017 at 8:25 PM

Pada 11.10.2017, Program Kembara Kelab 1 Malaysia Daerah Temerloh anjuran Pejabat Penerangan Daerah Temerloh telah diadakan. Program ini disertai oleh 8 orang ahli Kelab 1Malaysia dari 9 buah sekolah dalam Daerah Temerloh. Aktiviti pada sebelah pagi ialah lawatan ke Pusat Konservansi Gajah Kuala Gandah, Lanchang. Di sini peserta didedahkan dengan kepentingan memelihara gajah yang telah diancam kepupusan akibat pembangunan dan pertanian. Peserta berpeluang memberi makanan kepada gajah- gajah dan melihat aktiviti memandikan gajah. Di akhir aktiviti, peserta menonton video tentang operasi memindahkan gajah liar ke kawasan hutan simpan oleh pasukan Perhilitan.

Pada sebelah petang, peserta-peserta bertanding dalam pertandingan boling 10 pin yang diadakan di Starmall Mentakab. Dengan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan, pasukan SMK Seri Tualang dinobatkan sebagai juara. Syabas dan tahniah. Semoga Kelab 1 Malaysia SMK Seri Tualang akan terus mencapai kejayaan dalam setiap pertandingan yang akan diadakan.

>>> View Full Album Here <<<

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

You must be a member to comment on this page. Sign In or Register

0 Comments