What's Up

8) ||| Latest Announcement & Activities Happen In Our Place ||| 8)

view:  full / summary

Kejohanan Bola Jaring MSSD Temerloh Bawah 12

Posted by Admin on April 20, 2018 at 9:00 PM Comments comments (0)

Tarikh : 17 - 20 April 2018

Tempat : SK Temerloh Jaya

 

Tahniah Team Bola Jaring bawah 12 SISP Seri Tualang yang berjaya ke pusingan ke-3 dalam Kejohanan Bola Jaring Mssd minggu ini. Terima kasih guru terlibat, Ustazah Haliwanee, Ustazah Hajar Norfazliha dan Cikgu Azizah.



Pertandingan Catur Terbuka Peringkat Antarabangsa anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

Posted by Admin on April 16, 2018 at 12:50 PM Comments comments (0)

empat : Dewan Myangkasa Akademi & Resort Langkawi

Tarikh : 14 dan 15 April 2018

Peserta SMK Seri Tualang (Kabir Kasyful) berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori khas terbaik bawah 12 tahun. Tahniah adik Kabir dan semua guru catur yang terlibat !


Tahniah Nurul Husna Mat Amin

Posted by Admin on April 16, 2018 at 12:40 PM Comments comments (0)

Tahniah Nurul Husna Mat Amin, pelajar Tingkatan 4 yang mendapat tempat pertama Frog VLE semalam. Husna mendapat hadiah sebuah telefon bimbit Yes Altitude dan hadiah saguhati yang lain.


Program Jelajah Pendidikan KPM 2018

Posted by Admin on April 15, 2018 at 10:30 PM Comments comments (0)

Tarikh : 13 - 15 April 2018

Tempat : Semantan Walk Temerloh

Perasmi : YB Dato' P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan

Tahniah kepada semua pihak (pelajar, guru, staf dll) yang telah terlibat dalam menjayakan bahagian pameran dan persembahan SMK Seri Tualang dalam program Jelajah Pendidikan KPM tiga hari yang lepas. Semoga usaha, penat lelah dan jasa kalian untuk menjayakan program ini diberkati oleh Nya. Terima kasih terutamanya kepada penyelaras program yang diketuai oleh Cikgu Hairizal dan Cikgu Azian.

SMK Seri Tualang telah terlibat dalam pameran booth IB World School dan F1 In School. Manakala dalam kategori persembahan pula, pelajar Tualang terlibat dalam kategori nyanyian solo lelaki/perempuan, tarian India, tarian Endang, tarian Asli Moden dan Caklempong Kontemporari. Syabas sekali lagi semua !


>>> View Full Album Here <<<

Persembahan nyanyian solo oleh pelajar SMK Seri Tualang

Posted by Admin on April 15, 2018 at 12:30 PM Comments comments (0)

Persembahan nyanyian solo oleh pelajar SMK Seri Tualang Hazwin, kelas 4 Hybrid pagi ini di Program Jelajah Pendidikan KPM 2018. Hazwin mempersembahkan lagu Surat Cinta Untuk Starla - Virgoun. Tahniah Hazwin dan sifunya Cikgu Zaidee !


Persembahan tarian tradisional Melayu oleh adik-adik pelajar SISP SMK Seri Tualang

Posted by Admin on April 15, 2018 at 2:30 AM Comments comments (0)

Persembahan tarian tradisional Melayu oleh adik-adik pelajar SISP SMK Seri Tualang di Jelajah Pendidikan KPM 2018. Tahniah semua pelajar dan guru-guru yang terlibat, Cikgu Nabila, Cikgu Nasrul, Cikgu Zaidee dan Cikgu Hairizal.

Bagi yang belum mengetahui, pelajar Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) adalah program khas Yayasan Pahang yang menempatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6 di SMK Seri Tualang dan mereka tinggal di asrama seperti pelajar menengah yang lain.

Persembahan tarian India oleh pelajar SMK Seri Tualang

Posted by Admin on April 15, 2018 at 1:05 AM Comments comments (0)

Persembahan tarian India oleh pelajar SMK Seri Tualang di Jelajah Pendidikan KPM 2018. Tahniah pelajar-pelajar, Cikgu Anitha dan jurulatih tarian !


&lt;/iframe

Persembahan Tarian Indan (Dindin Badindin)

Posted by Admin on April 14, 2018 at 11:55 PM Comments comments (0)

Persembahan Tarian Indan (Dindin Badindin) oleh pelajar SMK Seri Tualang di Program Jelajah Pendidikan KPM di Semantan Walk. Tahniah pelajar Tingkatan 5 dan Cikgu Azian !

Program Literature In Action

Posted by Admin on April 11, 2018 at 11:10 AM Comments comments (0)

Tempat : SMK ABS, Kuantan

Tarikh : 11 April 2018

Tahniah 4 orang pelajar Tualang yang memenangi tempat ke-2 dalam menghasilkan 'acrostic poem' di SMK ABS Kuantan semalam. Syabas juga pada guru-gurunya Cikgu Amalina dan Cikgu Rosyanti.

>>> View Full Album Here <<<

 

Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang

Posted by Admin on April 10, 2018 at 12:30 PM Comments comments (0)

Tarikh : 7 - 8 April 2018

Tempat : Dewan Tun Razak, Temerloh

Pada hari Jumaat dan Sabtu lepas telah berlangsung Minggu Sains Negara peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak Temerloh. Pelajar SMK Seri Tualang juga dijemput untuk menyertai program yang dijalankan. Pelbagai booth yang menarik berkaitan Sains dan Teknologi telah dipamerkan sepanjang program berlangsung untuk tontonan pengunjung. Pelawat juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba setiap aktiviti di setiap booth di samping memperoleh cenderahati yang disediakan. Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu juga turut sama-sama berada sepanjang program untuk memeriahkan lagi majlis. Terima kasih guru pengiring Ustaz Ridzuan, Cikgu Muhammad, Cikgu Azlee dan Cikgu Marhanom.

>>> View Full Album Here <<<


Rss_feed