What's Up
||| Latest Announcement & Activities Happen In Our Place |||
Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang
|
![]() |
Tarikh : 7 - 8 April 2018
Tempat : Dewan Tun Razak, Temerloh
Pada hari Jumaat dan Sabtu lepas telah berlangsung Minggu Sains Negara peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak Temerloh. Pelajar SMK Seri Tualang juga dijemput untuk menyertai program yang dijalankan. Pelbagai booth yang menarik berkaitan Sains dan Teknologi telah dipamerkan sepanjang program berlangsung untuk tontonan pengunjung. Pelawat juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba setiap aktiviti di setiap booth di s...
Read Full Post »Majlis Graduasi Kali Ke-11 2018
|
![]() |
Tarikh : 6 April 2018
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Tahniah para pelajar cemerlang SPM 2017 yang telah diraikan dalam Majlis Graduasi semalam. Semuanya segak bergaya dengan menggayakan jubah baharu sekolah. Semoga kejayaan hari ini menjadi titik tolak untuk mereka lebih berjaya lagi pada masa hadapan !
Lawatan Tahun 4 Ke Bukit Gambang Waterpark
|
![]() |
Tarikh : 5 April 2018
Tempat : Bukit Gambang Waterpark
Seperti tahun-tahun lalu, pelajar tahun 4 SISP Seri Tualang tahun ini dibawa melawat ke Bukit Gambang Waterpark pada hari Khamis baru-baru ini. Terima kasih Cikgu Azli, Cikgu Azizan dan Puan Rusnita yang menemani dan menjaga keselamatan mereka sepanjang program.
Karnival Kor Kadet Polis 2018
|
![]() |
Tahniah Team Kadet Polis SMK Seri Tualang yang memenangi dua pertandingan di Karnival Kor Kadet Polis 2018 di Kem PLKN Arena Resort, Tanjung Batu. Syabas guru pengiring Cikgu Helmy, Cikgu Rusedawatty, Cikgu Laily dan Cikgu Aminah.
Pemenang adalah :
1. Che Haqqul Yaqqin - Johan Rentas Halangan
2. Syafiq Masrilsyam - Naib Johan Rentas Halangan
Tahniah Amir Mukhriz !
|
![]() |
Tahniah kepada Amir Mukhriz, pelajar tingkatan 4 kerana dianugerahkan sebagai pemenang sijil perak Olympiad Sains dan Matematik peringkat negeri di SMK Paya Besar. Terima kasih guru pembimbing Cikgu Azila dan Cikgu Zainab.
Pelancaran NILAM & KM1M Peringkat Sekolah
|
![]() |
Tarikh : 4.4.2018 (Rabu)
Masa : 1.00 ptg
Pelajar yang terlibat : T1, T2 & SISP
Terima kasih kepada penyelaras dan semua AJK yang terlibat dalam menjayakan pelancaran program NILAM/KM1M 2018 sebentar tadi.
Â
Read Full Post »Tahniah Panitia Fizik dan Sains !
|
![]() |
Tahniah Panitia Fizik dan Sains di atas pencapaian lulus 100% dalam peperiksaan SPM 2017. Sijil telah disampaikan di PPD Temerloh kepada Cikgu Wan Rozane, Ketua Bidang Sains & Matematik SMK Seri Tualang. Semoga terus cemerlang pada masa tahun mendatang.
Pelancaran SUMUR & Bulan Bahasa
|
![]() |
Tarikh: 2.4.2018 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi (Perhimpunan)
Perasmi : Pengetua
Pada pagi Isnin telah berlangsung majlis pelancaran Program SUMUR (Sahsiah Unggul Murid) peringkat sekolah. Program telah dirasmikan oleh Pengetua, Puan Hajah Apidah binti Sukirman. Makluman ringkas tentang SUMUR telah disampaikan kepada semua murid oleh penyelaras SUMUR, Ustazah Juita.
Pada hari ini juga telah berlangsung majlis pelancaran Bulan Bahasa 2018. Program juga telah dirasmikan oleh P...
Read Full Post »Mesyuarat PIBG 2018 & Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-20
|
![]() |
Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtu)
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir ke mesyuarat PIBG semalam. Terima kasih Dato' Ridzuan Hazinin kerana merasmikan majlis bagi pihak Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar yang tidak dapat hadir. Tahniah juga kepada para pelajar yang mendapat hadiah.
[Info] Mesyuarat PIBG 2018 & Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-20
|
![]() |
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Tarikh : 31 Mac 2018 (Esok)
Masa : 8.00 pagi - 12.45 tengah hari